Background

Kisah Seorang Wanita Yang Meminta Dikuburkan Dalam Sebuah Kereta Ferrari

Sandra West, sosialit asal Beverly Hills ini memang lain daripada yang lain. Dia meminta jenazah dirinya dikebumikan dengan kereta Ferrari kesayangannya.

Sandra West meninggal pada tahun 1977. Kekayaan Sandra saat itu mencapai US $ 5 juta. Jika dibandingkan dengan keadaan saat ini, West diibaratkan mirip dengan Paris Hilton.


Sandra dikuburkan dalam sebuah kereta Ferrari 250GT berwarna biru di San Antonio, Texas, Amerika.

Perkuburan yang pelik itu menarik perhatian masyarakat di tahun 1977. Pada masa pengebumian itu, kira-kira ada 300 orang yang berkabung yang melepaskannya ke peristirahatannya yang terakhir. Sandra meninggal kerana overdose, meski laporan lain menyebutkan dia meninggal gara-gara komplikasi selepas mengalami kemalangan kereta.


Proses pemakaman Sandra West bersama keretanyanya
Dalam surat wasiat yang ditulisnya 4 tahun sebelum meninggal, Sandra menginginkan dia dikebumikan di dalam kereta dengan kedudukan kerusi yang selesa.

Menghormati keinginan Sandra, Sandra akhirnya dikuburkan di samping suaminya, seorang tokeh minyak Texas, Ike West. Untuk menanam Sandra dan keretanya, diperlukan liang lahad sepanjang 5.7 meter, lebar 3 meter lebih, sedalam 2.7 meter.


Untuk mengelakkan kerenah orang sesuka hati atau para perompak kubur, selepas dimasukkan ke dalam tanah, makam Sandra ditutup menggunakan konkrit.


Categories: Share

Leave a Reply